Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-35 Sabtu lalu. Jawatankuasa baharu telah dilantik, dan resolusi utama mengenai kebajikan pelajar serta naik taraf kemudahan telah berjaya diluluskan.